Kaedah yang dipakai di dalam isu ni ialah
tak ada kewajipan di saat tak mampu &
tak ada perkara haram di saat darurat, kaedah ni diambil daripada konsep
Raf'u al-Haraj (menghapuskan kesukaran).....
Dalil-dalilnya dapat dilihat dalam firman Allah.....
1. "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya....." (Al-Baqarah:286)
2. "...Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan oleh Allah kepadanya..." (At-Talaq:7)
3. "(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran..." (Al-Baqarah:185)
4."...Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan & susah payah dalam perkara agama..." (Al-Haj:78)
5."Ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban & belenggu-belenggu yang ada pada mereka" (Al-A'raf:157)
6."Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeaadan lemah" (An-Nisa':28)