Monday 23 January 2012

0 Jom jadi anak Soleh & Solehah....

Bismillah.....

Alhamdulillahirabbila'alamin.... hari ni ana nak share satu video... Sesuailah untuk setiap ibu-ibu & bapa-bapa.. cubalah lapangkan masa sekejap... buka hati & dengar video yang tak sampai pun 10 minit... Mudah-mudahan bermanfaat & membuat kita berfikir.... Soleh atau solehahkah anak kita? 


Hari ni... dunia dah berubah...

Ana, masih ingat waktu ana masih di zaman persekolahan.... Umi seorang yang sangat tegas & mementingkan agama & pelajaran anak-anak....

Tuesday 10 January 2012

2 Laki-laki yang baik untuk siapa..??

Lame rasanya ana tak mengupdate blog nie... Sebabnya bila terkadang ana rasa iman ana jatuh dibawah par... ana takut, ana share something yang merosakkan... jauh lagi dari membina.....

So... sebelum ana terus menelaah bab-bab gastrointestinal nie, ada baiknya ana take five jap.... Ana terbaca something nice yang kita boleh buat topik cerita kat kedai kopi waktu bosan-bosan....

" Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahi, tetapi siapa dia selepas menikah denganmu. Jadi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga "

Seseorang pernah berkata pada ana.....

" Saya nak yang solehah....!! " ....( Tanda seru tu sebab nak tunjuk betapa serius & bersungguh-sungguhnya dia....)

Ana terdiam sekejap.... berfikir... then, ana pergi tempat lain dan terus terlupa..... Emangnya, statement kawan ana bukan soalan.... Tapi, bagi ana dia dah jadi soalan.....