Friday 14 October 2011

1 Doktor Lelaki... Merawat wanita....??




Bismillah....
Pada asalnya, pesakit lelaki tidak boleh dirawat kecuali oleh doktor lelaki & pesakit wanita tidak boleh dirawat kecuali oleh doktor wanita sahaja.....

Dalilnya ialah dari firman Allah....
"...Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu & hati mereka..." (Al-Ahzab:53)

"...Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka..." (An-Nur:31)

Pesakit lelaki adalah orang asing, bila dinisbahkan kepada doktor wanita & pesakit wanita adalah orang asing, bila dinisbahkan kepada doktor lelaki. Kepala & muka termasuk ke dalam perhiasan yang paling besar sekali.

Daripada Uqbah bin Amir r.a, katanya Rasulullah s.a.w bersabda.....
"Jauhilah dari bersunyi-sunyian dengan kaum wanita. Seorang lelaki berkata ; Wahai Rasulullah, apa pandangan tuan mengenai al-Hamu? Sabda baginda, al-hamu adalah maut" (Hadis Muttafaq Alaihi)

Daripada Jabir bin Abdillah r.a, katanya....
"Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang pandangan yang berlaku secara tiba-tiba. Baginda menyuruh saya memalingkan wajah dari pandangan itu" (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Jabir r.a juga katanya, Rasulullah s.a.w bersabda....
"Wanita datang dalam rupa seekor syaitan & pergi juga dalam rupa seekor syaitan. Apabila salah seorang daripada anda merasa tertarik dengan seorang wanita & perasaan tersebut bermain-main di dalam hatinya, hendaklah segera menemui isterinya & menyetubuhinya. Persetubuhan tersebut akan menghilangkan perasaan itu"

Daripada Ibn Abbas r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda....
"Tidak ada seorang lelaki bersunyi-sunyian dengan seorang wanita melainkan pihak ketiganya adalah syaitan"

Daripada Usamah bin Zaid r.a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda....
"Aku tidak meninggalkan selepasku satu fitnah yang paling memudharatkan kaum lelaki selain dari kaum wanita"
(Muttafaq Alaihi)

Daripada Abu-Said al-Khudri r.a, katanya.. Rasulullah s.a.w bersabda.....
"Sesungguhnya dunia itu manis lagi menghijau & sesungguhnya Allah melantik anda menjadi khalifah diatasnya. Dia akan melihat apa yang anda semua lakukan. Takutilah dunia & takutilah wanita, kerana sesungguhnya fitnah pertama yang berlaku dikalangan Bani Israel adalah disebabkan kaum wanita" (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah bersabda....
"Sebaik-baik saf lelaki adalah yang pertama & seburuk-buruknya ialah yang paling akhir. Sebaik-baik saf wanita ialah yang paling akhir & seburuk-buruknya ialah pertama" (Hadis riwayat Muslim)

Hal ini kerana saf akhir bagi kaum wanita berkedudukan paling jauh dari kaum lelaki. Dengan itu, kebaikan yang terdapat pada saf terakhir bagi kaum wanita ini adalah kerana ia jauh dari kaum lelaki. Hadis ini turut menjelaskan keperluan kaum wanita berada jauh dari lokasi kaum lelaki & keperluan kaum lelaki berada jauh dari lokasi kaum wanita. Ianya termasuk dalam objektif yang hendak dicapai oleh syariah kerana ia dapat menutup banyak pintu fitnah.

Rasulullah bersabda....
"Kaum wanita itu adalah aurat"

Allah s.w.t berfirman.....
"Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan" (An-Nur:30)

Dalil-dalil ini menunjukkan dengan jelas, yang syariat bersungguh-sungguh untuk memastikan lokasi kedudukan kaum wanita jauh sedikit dengan lelaki & begitulah sebaliknya. Degan itu dapat difahami bahawa pesakit lelaki tidak boleh dirawat kecuali oleh doktor lelaki sahaja, manakala pesakit wanita tidak boleh dirawat kecuali oleh doktor wanita sahaja.

Walaubagaimanapun, jika wujud keadaan darurat & sekiranya tidak ada doktor wanita setelah dicari & diusahakan untuk mendapatkannya, sebaliknya hanya ada doktor lelaki begitu juga sebaliknya, keadaan tersebut dikira darurat. 

"...padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya...." (Al-An'am:119)

Walaubagaimanapun, sewajarnya kepada pesakit lelaki dan wanita melahirkan perasaan tidak suka kepada situasi tersebut di dalam hati masing-masing. 

Tulisan Al-Syeikh Walid bin Rasyid Al-Su'aidan ini bagi ana secara jujurnya agak keras & ditambah pula dengan kementerian kesihatan yang tidak pula mengasingkan wad-wad lelaki & perempuan seterusnya juga para doktor kaum lelaki & wanita. Ana lebih suka untuk hal ini mengambil pendekatan al-Qawa'di al-Fiqhiyyah (Kaedah-kaedah Fikah) Ibn Najm yang menggunakan sebanyak 25 kaedah dalam kitabnya al-Asybah wa al-Nazo ir. Kaedah yang masyhur hanya lima kaedah sahaja. Kelima-lima kaedah ini adalah ibu kepada segala kaedah fikah lain.....

Bagi isu ini, kaedah yang relevan ialah kaedah yang keempat, Al-Dhararu Yuzalu (kemudharatan hendaklah dihilangkan)

Beberapa kaedah yang terbit daripada kaedah di atas adalah :
1.Dharurat mengharuskan yang dilarang, contohnya adalah...
-Harus memandang aurat berlawanan jantina untuk tujuan berubat ataupun melakukan rawatan

2.Perkara yang dibolehkan kerana dharurat dihadkan mengikut kadar dharurat sahaja.....
-Doktor harus memandang aurat wanita sekadar keprihatinan & tempat-tempat yang perlu untuk tujuan rawatan sahaja
-Tidak harus untuk wanita mendapat rawatan daripada doktor lelaki sedangkan terdapat doktor wanita yang dapat merawatnya

Terdapat beberapa lagi pecahan lain berdasarkan kaedah Al-Qawa'idi Al-Fiqhiyyah Ibn Najm...

Kesimpulannya, hendaklah kita menjaga kehormatan diri sendiri disemua keadaan melainkan terlibat dalam  keadaan dharurat. Namun, dharurat hanya hadir apabila memang sudah tiada inisiatif & jalan keluar lain dalam konteks ini, kewujudan doktor yang sama jantina. Walaubagaimanapun, kita hendaklah menzahirkan rasa tidak suka pada situasi tersebut. Di dalam dunia perubatan moden sekarang ini, wajarnya kewujudan chaperone (pemerhati yang tahu ilmu perubatan & bukan keluarga si pesakit yakni juga orang ketiga) untuk memerhati setiap prosedur-prosedur doktor-doktor tatkala rawatan dilaksanakan sekiranya keadaan dharurat ini berlaku. Hal ini, dapat membendung fitnah & juga mengelakkan komplikasi kepada pesakit dek kerana kewujudan doktor-doktor yang tidak kompeten.... wallahualam

Ya Allah, semoga ana diletakkan dalam kalangan orang yang mahir dalam bidang yang telah engkau kurniakan... 

Sumber rujukan:
1.Fikah Perubatan, Dr.Harmy Mohd Yusoff, Ustaz Syamsul Kamal Abdullah
2.Isu-isu Fiqh Perubatan Semasa, Al-Syeikh Walid bin Rasyid Al-Su'aidan

DR NAZREENNAIN

1 comment: