Wednesday 12 October 2011

0 Kaedah bersuci & Solat untuk pesakit...??


Kaedah yang dipakai di dalam isu ni ialah tak ada kewajipan di saat tak mampu & tak ada perkara haram di saat darurat, kaedah ni diambil daripada konsep Raf'u al-Haraj (menghapuskan kesukaran).....

Dalil-dalilnya dapat dilihat dalam firman Allah.....

1. "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya....." (Al-Baqarah:286)
2. "...Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan oleh Allah kepadanya..." (At-Talaq:7)
3. "(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran..." (Al-Baqarah:185)
4."...Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan & susah payah dalam perkara agama..." (Al-Haj:78)
5."Ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban & belenggu-belenggu yang ada pada mereka" (Al-A'raf:157)
6."Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeaadan lemah" (An-Nisa':28)




Manakala, Sabda Rasulullah s.a.w .....

"Apa saja yang saya tegah anda dari melakukannya, hendaklah anda berhenti melakukannya & apa saja yang saya suruh anda lakukannya, lakukanlah mengikut yang termampu" (Hadis Muttafaq Alaihi)

Sabda Rasulullah s.a.w kepada Imran bin Husain ......

"Tunaikanlah solat dalam keaadan berdiri. Jika tidak mampu, hendaklah dalam keadaan duduk & jika tidak mampu juga, hendaklah dalam keaadan baring" (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Dalam sebuah hadis riwayat Al-Baihaqi pula menjelaskan....

"Rasulullah s.a.w pernah melawat seorang pesakit & melihat beliau sedang menunaikan solat di atas sebiji bantal. Baginda melemparkan bantal itu, lalu bersabda, "Solatlah diatas lantai, jika anda mampu. Jika tidak, gunakanlah isyarat.Jadikan sujud lebih rendah daripada rukuk"

                         
                 Nas-nas diatas menjelaskan pada asalnya wajib melaksanakan kesemua bahagian ibadah yang wajib dilakukan menurut pandangan syarak, tetapi kadang-kadang seseorang menghadapi satu keadaan yang membuatkannya tidak mampu melakukannya, sama ada kesemua kewajipan atau sebahagiannya.

Maka kaedah ini datang (Raf'u al-haraj) iaitu bagi menyelesaikan bahagian yang tidak mampu dilakukan oleh seseorang, maka gugurlah kewajipan melakukan bahagian tersebut. Dengan itu, sesuatu kewajipan dikira gugur semuanya, apabila yang terlibat tidak mampu melakukan kesemuanya &  hanya mampu melakukan sebahagian sahaja. Ini semua adalah rahmat dari Allah....

Justeru, apa saja kewajipan yang tidak dapat dilakukan, oleh pesakit, gugurlah kewajipan itu atau gugurlah bahagian yang tidak mampu dilakukannya itu. Ia tidak dituntut melakukannya menurut kaca mata syarak. Tetapi sewajarnya ketika menggunakan kaedah ini, seseorang menaruh rasa takutnya kepada Allah dan menjauhi daripada melakukan pembohongan, dengan tujuan untuk mengelakkan diri dari melakukan kewajipan-kewajipan syarak, kerana tidak ada suatu perkara pun yang tersembunyi daripada pengetahuan Allah, baik dibumi mahupun dilangit....

Berdasarkan perkara asas ini, para ulama' fiqh telah mengeluarkan hukum berkaitan bersuci & solat              
para pesakit. Ianya melibatkan beberapa isu........

1. Pada asalnya wajib ke atas pesakit untuk bersuci dengan sempurna dengan menggunakan air sekiranya mampu berbuat demikian, sama ada melakukannya sendiri ataupun dengan bantuan orang lain. Tetapi sekiranya benar-benar tiada air ataupun penggunaan air akan menambahkan lagi penyakit atau melambatkan kesembuhan penyakit tersebut, ia berpindah kepada kepada bersuci dengan menggunakan tanah, iaitu bertayammum....

"...Kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwudhuk), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah, debu yang suci..." (an-Nisa':43)

Apabila seseorang gagal melakukan perkara asas, dia dikehendaki melakukan perkara gantian. Sekiranya seseorang tidak dapat menggunakan air pada sesetengah anggota wudhuk & tidak melibatkan bahagian yang lain, gugurlah kewajipan menggunakkan air pada bahagian yang tidak boleh digunakan air itu & hendaklah bertayammum. Cuma wajib menggunakan air pada anggota wudhuk yang lain, yang boleh terkena air... Wallahu'alam

2. Sekiranya air ada di hospital, tetapi tidak dapat diambil kerana jauh & kebetulan pula tidak ada sesiapa yang sanggup menolong pesakit. Gugurlah kewajipan bersuci menggunakan air, hendaklah pesakit bertayammum & menunaikan solat. Solat itu dikira sah & tidak perlu diulangi kembali walaupun sudah mampu menggunakan air pada ketika itu.

3. Sekiranya seseorang pesakit tidak dapat menggunakan air & juga bertayammum, kewajipan bersuci dikira gugur & dikehendaki melakukan solat mengikut keadaannya. Walaubagaimanapun, keadaan seumpama ini jarang-jarang berlaku...

4. Sekiranya katil, pakaian atau badan seseorang pesakit terkena najis, menjadi kewajipan kepadanya menghilangkan najis itu sebelum menunaikan solat, kerana suci dari najis adalah syarat sah solat.. Jika pesakit tidak mampu menghilangkan najis itu, harus kepadanya menunaikan solat mengikut keadaannya....

"Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya-upaya kamu..." (At-Taghabun:16)

Tidak harus kepadanya melewatkan solat dengan sebab kegagalan menghilangkan najis itu, hal ini kerana diakui oleh syarak ialah kewajipan akan gugur bila bertembung dengan keadaan tidak mampu....

5. Orang yang mengalami kecederaan pada mana-mana anggota wudhuknya, wajib membasuh bahagian yang cedera itu. Walaubagaimanapun, kewajipan itu masih lagi bergantung kepada kemampuan. Sekirannya tidak mampu membasuh bahagian tersebut, hendaklah membasahkan tangan dengan air, kemudian menyapu pada bahagian dengan sekali sapu. Jika tidak mampu, hendaklah menyempurnakan wudhuk diatas anggota wudhuk yang sihat & meninggalkan bahagian yang cedera, kemudiaan bertayammum pada akhir wudhuk. Dalam erti kata yang lain, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan membasuh anggota wudhuk yang boleh dibasuh, kemudian menyapu bahagian yang tidak boleh dibasuh dengan air & akhir sekali bertayammum.

Kesemuannya termasuk dalam perkara gantian, bahagian pertama tidak akan berpindah ke bahagian kedua selagi bahagian pertama tidak disempurnakan, begitu juga bahagian kedua tidak akan berpindah pelaksaannya ke bahagian ketiga selagi ia masih belum disempurnakan...

Walaubagaimanapun, kewajipan akan gugur bila bertembung dengan keadaan benar-benar tidak mampu seperti yang diterangkan sebelum ini.....wallahu'alam

6. Pada asalnya, seseorang pesakit dikehendaki melakukan semua perkara yang dilakukan oleh orang yang sihat. Wajib keatasnya solat dalam keadaan tatacara yang sempurana & lengkap, tetapi pelaksanaanya terikat kepada kemampuan. Hal ini bermakna, jika tidak mampu dalam keadaan berdiri, hendaklah menunaikan solat dalam keadaan duduk. Jika tidak mampu dalam keadaan duduk, hendaklah melakukannya dalam keadaan berbaring diatas lambung kanan, dalam keadaan menghadap kiblat. Sekiranya mampu rukuk & sujud dengan sempurna, wajib berbuat demikian. Jika tidak mampu, hendaklah menggunakkan isyarat sahaja namun hendaklah menjadikan sujud lebih rendah daripada rukuk. 

Kesemua ini menunjukkan kewajipan akan gugur bila bertembung dengan keadaan tidak mampu.

7. Wajib ke atas pesakit menghadap kiblat, kerana ia termasuk didalam syarat sah solat. Tetapi kewajipan ini tidak bersifat mutlak, sebaliknya terikat pada keadaan mampu. Jika pesakit mampu, hendaklah dia berbuat demikian, namun jika dia tidak mampu, gugurlah kewajipan itu & hendaklah dia menunaikan solat mengikut keadaannya... Hal ini kerana, kewajipan akan gugur bila bertembung dengan keadaan tidak mampu... Begitulah boleh diqiyaskan dengan keadaan lain.... wallahua'lam

Kaedah-kaedah ini merupakan titik tolak ahli ilmu didalam menjawab soalan berkaitan dengan bersuci & solat pesakit........


Rujukan : Isu-isu Fiqh Perubatan Semasa, Al-Syeikh Walid bin Rasyid Al-Su'aidan


DR NAZREENNAIN

No comments:

Post a Comment