Wednesday 2 November 2011

2 Hudud Menakutkan...!!!??


Bismillah....
Lama pula rasanya tak meng"update" blog nie... baru-baru nie ujian demi ujian yang Allah bagi.... Alhamdulillah... walaupun payah.. tak semudah yang disangka, inilah hakikat kehidupan... ujian itu pasti...!!

Orang-orang yang beriman atau ingin ada iman...pasti bakal diuji oleh Allah...

Dalam daurah baru-baru nie, sempat juga menyentuh bab-bab akhlak... muhasafat yang patut ada pada setiap da'ie... Antaranya adalah sentiasa memastikan jasmani tubuh badan yang kuat... Mana nak dapat..?? pandai-pandaila usahakan...



Kalau dalam usrah..Alhamdulillah... pengisian tentang sedekah....

Dalam sibuk-sibuk ana pun, futsal setiap minggu memang tak pandai nak tinggal..sekali main futsal, friendly  dengan team-team dari sandakan....even terjatuh, tangan terseliuh pun... perjuangan tetap diteruskan.. main tetap main...

Kadang-kadang, bila kita jatuh, bila kita sakit dalam bermain nie.. kita tak sedar pun... sebab terlampau khusuk'an kan bermain... Bila game dah finish, baru sedar... oh...!! Tangan aku sait terseliuh... Saintifiknya, adrenalin & dopamin menyebabkan kita hilang sense of pain waktu tu... Secara tak saintifiknya, redah jek.. terseliuh je pun...selagi tak patah...selagi tu main... yang penting menang..!!

Bagus kalau semangat nie diapplykan dalam membaiki diri, menentang nafsu & dakwah fillah.....

Topik dialih....

Baru-baru nie, tapi tak la baru sangat... Isu hudud banyak diperkatakan.... ana tertarik dengan huraian Muhammad Jihad dalam Majalah Solusi, isu 37.... Katanya, hudud ni adalah pencegahan dari luar kedalam... Namun, solat adalah pencegahan dari dalam ke luar....

Logiknya, rata-rata masyarakat islam moden keluaran Malaysia masih jumud pemikirannya tentang hukum hudud, tentang hukum Allah... Tapi, hakikat yang sebenarnya ramai yang merasakan hudud ini menakutkan... Memang hukum Allah ini menakutkan, tapi ianya adalah solusi yang terbaik untuk masalah ummat....

Natijahnya, masyarakat hanya tertumpu kepada perlaksanaan hukumannya... Namun sedikit yang mengkaji tentang cara-cara untuk menyabitkan kesalahan-kesalahan bagi setiap hukuman... Kecewanya bila ummat islam sendiri merasakan ianya tak relevan....

Puncanya...?? islam belum cukup sampai buat semua... Ramai yang hanya mampu cakap islam is the way of life... Hakikatnya, bila sebut hukum hudud mula nak melenting.. Disinilah perlunya setiap ummat islam yang faham, menerangkannya....

Bila diimbas, dakwah Nabi Muhammad... baginda memulakan dengan penyucian Akidah para sahabat... sehingga baginda mampu melahirkan "The Unique Generation of Sahabat" yang Taat kepada Allah..cinta pada rasul & percaya akan wujudnya hari kebangkitan....

Justeru, wajiblah atas setiap kita cuba untuk membetulkan sedikit sebanyak akan akidah masyarakat sekeliling & pemahaman terhadap islam semampunya... dalam masa yang sama ceritakan secara perlahan-lahan akan prinsip-prinsip dalam islam... Barulah, pelaksanaan islam secara menyeluruh dapat dilaksanakan... bukan sahaja hudud, tapi dalam segala hal termasuklah muamalatnya, munakahatnya & lain-lain...

Secara peribadi ana gembira bila wujud pihak yang menyuarakan akan perlaksanaan hukum Allah.... Kenapa kita perlu takut akan hukum Allah?? Value utamanya... berani kerana benar... Kecewanya, bila ada yang kata hukum ini sudah tak relevan dalam masyarakat majmuk berbilang bangsa & agama di Malaysia, walhal Negara Madinah itu sendiri... negara pertama islam yang ditadbir oleh Rasulullah sendiri wujudnya masyarakat islam, kristian & yahudi.... Contoh ikutan yang patut diikut pun melaksanakan hukum hudud...

Simpulannya, perlulah kita kembali menerangkan islam bukan sahaja kepada masyarakat islam, bahkan juga kepada masyarakat bukan islam... Walauapapun, it much more easier to said than done... In that case, why not kita kembali hidup dalam jemaah..dalam usrah... barulah gerakan lebih cantik... sistematik & teratur... bila nak terjelopok jatuh..insyaAllah akan ada yang menghulur tangan..... Wallahualam...

DR NAZREENNAIN

2 comments:

  1. yer la tu, depa kata depa takot hudud sebab takot kena potong tangan. piki2 balik aku pon tak tau kenapa otak dia x leh berfungsi sampai macam tu, dah ko takot kena potong tangan ko jgn la mencuri, betol tak? so, hanya orang yang dah biasa dengan jenayah jer yg takotkan hudud sebab dia takot hukuman nei dikenakan kepada mereka.

    ReplyDelete
  2. ye btul...yg takut hukuman ialah mereka yg mlakukan kesalahan..jd,truskan ja hukum Allah ini..aku yg hamba ini, yg mahu mneguhkan imannya..yg takut dgn hukum Allah..teruskan usaha murni ini..Allahuakbar

    ReplyDelete