Saturday 14 February 2015

0 Dapatkan A dalam matematik tambahan

Bersawang adalah lumrah alam bagi blogger suam-suam kuku. Tapi, biar kotak blog bersawang, jangan kotak pemikiran.

Nah, belanja gambar sawang satu.


Berbalik kepada tajuk yang nak diceritakan hari ini adalah based on true story (berdasarkan kisah hidup sebenar) yang berlaku kepada diri I sendiri.

Alkisahnya, sejak mula diperkenalkan dengan subjek matematik tambahan ni. Memang otak ini, merasakan aura lembap abadi dan otak bengkak berganda-ganda petala cinta mula-mula belajar subjek ini.

Kemudian, dibuktikan dengan kejayaan hatrik gagal berturut-turut 3 exam yang pertama bagi subjek yang paling hensem dalam sejarah manusia. "Ultimet" prize dicampak ke set bagi subjek matematik tambahan untuk pelajar lemah matematik tambahan. Voila, bravo!

Kalau tak "caya", tanya cikgu sekolah lama I

Tapi, syukur alhamdulillah.. secara tiba-tiba,  keputusan spm untuk subjek ini bertukar wajah dari E7 (macam chord gitar pulak) kepada A1. Mungkin, zaman sekarang sistem grading dah but I think there is something yang still applicable

Tips yg mashur, khas buat semua:

1/ Get this book mate


kenapa I strongly recommended this book? Waktu my time, buku ni title die 1001 bank soalan. Tapi sekarang dah jadi 1201, maybe sebab depa dah tambah xtra 100 question la kot.

The best part is, this book die  very sistematik for me. Every topik, dia mulakan dengan soalan-soalan asas topik berkaitan, then baru die blend in or dia pergi dengan soalan yang lebih mencabar stage by stage. 

Buku dia pulak nipis je. Cepat je boleh siapkan. Kalau start buat dari awal tahun. Sekejap je ambil masa.

Macam main game la, mula dengan level basic and easy, then baru pergi ke high level.

Pastu, pergi dekat last page, dia ade jalan kira dan kerja untuk dapatkan jawapan, step by step.

Lagi satu dia punya soalan, sejibik dalam exam paper, cuma tukar nombor je. 

So, I buat buku ni as latihan. Lepas I refer jawapan, I bandingkan my jalan kira-kira dengan skema jawapan dia. But sometimes, bila I tak tahu I terus refer jalan kira-kira kat belakang. Ia dibenarkan dalam mengkaji ilmu matematik tambahan.

Pastikan! Korang ingat jalan kira ketat-ketat

2/ A lot of "study smart" exercise. 

Matematik tambahan perlukan latihan yang banyak, tapi kena smart. 

Untuk my basic, I buat buku latihan add math 1201. 

Then, ada 1 buku tajuk die koleksi soalan spm sebenar dari tahun-tahun sebelum ni. By topik, after I finished study 1 topik, I akan buat buku koleksi soalan ni.

Buku dia lebih kurang macam ni, cuma ada la yang add math punya. Pergi je kedai buku-buku rujukan, try tanya buku koleksi soalan sebenar add math


I only buat soalan-soalan untuk topik yang I baru abis study . 

Contoh, waktu I dulu, buku koleksi soalan tu, koleks paper soalan  die dari tahun 1999-2006. So, let say I study buku 1201, topik semasa I trigonometry. So, I akan cari soalan trigonometry je dalam setiap koleksi soalan.

Yang amat mengkagumkan, finally korang akan sedar, setiap topik itu akan berada di kedudukan dan soalan yang lebih kurang sama. Yang berbeza hanya nombor.

Sekali lagi nak ingatkan. Konklusinya ingat jalan kira-kira!

3/ Tips terakhir, tak ade short cut yang mudah dalam hidup. 

Kena laburkan effort dan kerja keras, biarla sikit tapi bila menjelang waktu peperiksaan, kita boleh berdoa dengan yakin

"Ya Allah, aku dah berusaha. Walaupun sedikit, keberkatannya yang aku mohon"

Apa-apapun, masa yang sesuai untuk mulakan langkah pertama sekarang.

Wishes best of luck,
Dr Nazreen 








No comments:

Post a Comment