Definisi : implantasi uri di bahagian bawah rahim sama ada keseluruhan uri atau sebahagian selepas 24 minggu kandungan
Kedudukan uri yang normal sepatutnya berada di bahagian atas rahim.
Tapi, disebabkan beberapa faktor antaranya :
1/ Usia ibu yang meningkat
2/ Sejarah pembedahan di bahagia rahim antaranya cuci rahim, c-section atau pembuangan ketumbuhan fibroid
3/ Sejarah uri di bawah semasa kandungan yang sebelum ini
4/ Merokok
5/ Kandungan kembar
Kebiasaannya, uri yang berada di bawah akan bergerak mengikut tumbesaran pangkal rahim untuk berada di kedudukan atas pangkal rahim sehingga 24 minggu.
Kalau kedudukan uri masih di bawah selepas 24 minggu, ia akan di kenali sebagai placenta praevia.
Antara gejala-gejala uri di bawah;
1/ Tumpah darah
2/ Tiada perut mengeras/sakit perut
Ujian akan dibuat untuk mengenal pasti kedudukan uri melalui imbasan ultrasound.
Melalui ultrasound, gred/tahap akan diberikan berdasarkan kedudukan uri yang bakal menentukan rawatan terbaik untuk ibu.
Berdasarkan gambar di atas ,
Tahap 1 : Uri di bawah tetapi masih jauh dari bukaan pangkal rahim
- Untuk kes ini, pesakit mungkin dibenarkan bersalin normal sekiranya tiada masalah kesihatan yang lain
Tahap 2 : Uri di bawah bersebelahan dengan bukaan pangkal rahim tetapi tidak menutup pangkal rahim.
- Sekiranya, uri berada di bahagian hadapan pangkal rahim, kemungkinan pesakit boleh dibenarkan bersalin secara normal
- Namun, sekiranya uri berada di bahagian belakang (posterior) pangkal rahim, hanya pembedahan adalah cara kelahiran yang dibenarkan
Tahap 3 : Sebahagian uri menutup bukaan pangkal rahim
Tahap 4 : Keseluruhan uri menutup bukaan pangkal rahim
Untuk kes tahap 3 dan 4, cara kelahiran hanyalah secara pembedahan
Tahap 2 posterior, 3 dan 4 mempunyai risiko tumpah darah yang banyak sekiranya melahirkan anak secara normal.
Risiko tumpah darah ini boleh membawa maut.
Komplikasi untuk penyakit ini :
1/ Kurang darah (anemia)
2/ Uri tidak matang dan terpisah dari rahim (abruptio placenta) yang menyebabkan sakit perut teramat sangat, pendarahan dan kematian. Akan di huraikan dalam next topik
Konklusinya, segera datang ke hospital sekiranya ada tumpah darah semasa mengandung
Sekian,
Dr Nazreen
Assalamualaikum, saya ibu sedang mengandung dan usia kandungan saya genap 24 minggu. Semalam saya mengalami tumpah darah dan suami bergegas membawa saya ke hospital bagi menjalani ujian pemeriksaan. 2 orang doktor junior dan seorang doktor senior telah melakukan ujian kepada faraj saya, malangnya mereka tidak dapat mengesan punca tumpah darah yang berlaku pada saya. Doktor hanya dapat pastikan keadaan bayi saya sihat, uri tidak di bawah dan kandungan saya di dalam rahim. Doktor hanya maklumkan kepada saya bahawa PANGKAL RAHIM SAYA TERLUKA, apa yang menjadikan kebimbangan saya dan suami adalah kami tidak tahu punca pendarahan yang berlaku. Memandangkan ini adalah bayi pertama kami, jadi saya tiada pengalaman dalam hal seperti ini. Untuk pengetahuan doktor saya sudah hampir 3 minggu tidak bersama suami, dan ketika pendarahan berlaku saya tidak berasa sakit. Alhamdulilah bayi juga aktif bergerak. Boleh saya dapatkan pandangan doktor berkenaan kes saya ini? Terima kasih.
ReplyDelete