Monday, 7 May 2012

1 I Hate U..!!! (Tutorial Ini Tang CaraNya MEMbenCi)!!


Bismillahirahmanirahim....

I hate die....!!! Seriusli dan sesumpah ana memang benci... meluat... menyampah... geram dan macam-macam perkataan sinonim dengan "hate" yang tak dapat untuk difikirkan lagi...... Bluerk!!


Hihi.... Ana sori, aasif dalam bahasa Arabnya....

Setakat ni, ana tak jumpa lagi calon untuk dibenci, sebenci-bencinya... Cuma setiap kali kita mula benci, menyampah dan lain-lain... Perkataan-perkataan diatas semuanya kadang-kala dikeluarkan tanpa segan silu....

Sampai kita lupa maujudnya token "kemaafan".....

Tak apa, hari ini jom kita berkongsi sebuah cerita yang ana baca... Ianya sebuah tutorial ringkas tang bagaimana caranya untuk membenci......

" Hari itu hari pertama selepas saya memilih berhenti mengajar di dalam bilik darjah dan menjadi seorang koordinator kebajikan pelajar sekolah menengah. Saya bertanya kepada seorang wanita yang sudah bersara daripada jawatan itu, bagaimana beliau dapat bertahan bekerja dengan pengetua yang berfikiran sempit dan bersikap negatif kepada guru-gurunya...


Jawapan beliau begitu indah dan positif sehingga saya terdorong menghayatinya serta-merta. Ia menyelamatkan saya daripada menghabiskan masa berasa kecewa atau berdendam, dan sejak itu menjadi penyelesaian kepada kebanyakan konflik dalam kehidupan saya...


Jawapan beliau mudah sahaja, "Saya mendoakan dia... Sukar untuk kita tidak suka kepada orang yang kita doakan." __ Kay Conner Pliszka (Chicken Soup For the Soul)

"Sekiranya saya tidak sukakan seseorang, saya perlu mengenalinya dengan lebih baik" (Abraham Lincoln)


P/s : Makanya, dalilkan atau buktikan apa yang disebut oleh mereka yang non-muslim ini salah dan tiada dalam islam...!!?Jika ianya salah, ya..maafkan ana kerana berkongsi dan teruskan membenci..No offense. . =)

Wallahualam..

1 comment:

  1. jangan benci benci.. keep cool.. and senyum selalu ... www.redlomo.com :)

    ReplyDelete