Thursday 20 October 2011

1 Blog Attack...!!?


Bismillah....
Buat yang membaca... jangan ler risau, ana memang tak dilahirkan genius bab-bab hacking-hacking nie... So... post nie bukan nak menceritakan kedasyatan ana menge"hack" blogger lain ataupun sebaliknya, bahkan ianya tak ada kena mengena pun dengan yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia...




Cumanya, baru-baru nie rajin jugakla ana masuk laman-laman web ping untuk blogger-blogger jumpa blogger lain for sharing purpose... Then, each blog yang ana bukak... ana follow kalau entry seorang blogger tu best... Aktiviti sulit ana nie pun ana buat waktu tengah malam jek....

Sekarang nie, siang berjaga & malam pun berjaga ... tapi lepas maghrib kompem terlena....

Topik dialih...

Semenjak masuk posting O&G nie, circadian cycle ( kitaran tidur manusia, untuk lebih lanjut sila ke Google Search) ana macam dah banyak lari... Tuning dia akan senantiasa dimodifiedkan seswai dengan peredaran zaman posting apa yang ana sedang lalui dengan jadual sangat pack & tak tentu....

Currently, memang ana selalu terlena lepas maghrib mungkin sebab letih sangat kowt...

Tapi yang bagusnya, setiap pukul 12 malam or lebih-lebih sikit, ana mesti terjaga...Ada can nak buat tahajud cinta... Tak ramai orang yang dipilih oleh Allah untuk bertahajud nie....

So, mudah-mudahan kita sentiasa menjadi yang terpilih & menjadi pilihan ramai...

Nak jadi terpilih nie kita kena start dengan memilih diri sendiri.... Kalau ana la kan, cara ana memilih diri sendiri ni adalah dengan cuba sedaya upaya kurangkan diri daripada buat banyak dosa waktu siang harinya.... Barulah Sang Pencipta nak jumpa di kala hening duapertiga malam.... Tapi nie teori ana je, tak pernah lagi dibuktikan melalui kajian saintifik ataupun islamic study... Kalau ada, mungkin kebetulan ana tak baca.... Yang penting, teori nie datang dari common sense ana sebagai seorang manusia & juga Hamba Allah....

Tahajud ataupun solat malam nie sebenarnya kewajipan atas setiap ummat sebelum diwajibkan hanya kepada Para Rasul & Ambiya' melalui kaedah nasah wal mansuh...Dalil & bukti-buktinya ada dalam surah Al-Muzammil ayat 1-20, Allah dah settle wahyukan segala-galanya... Nanti boleh rujuk tafsir sendiri...

Tapi, haru kadang-kadang dengan diri sendiri bila teringat ayat pertama surah nie...

" Wahai orang yang berselimut.." (Al-Muzammil:1) 


Hakikatnya, ana kadang-kadang ada juga masanya lalai dari solat malam & ada masanya juga termasuk dalam golongan orang-orang yang berselimut....

Walau apa-apapun, Islam tu mudah & sentiasa relevan untuk dilaksanakan dimana saja tak kira masa.... Yang susahnya diri kita nie , bagi ana la kan untuk nak mulakan langkah pertama & istiqamah dalam perkara baik.... Jadi, cuba-cubala ek dekatkan diri dengan majlis ilmu & kembali hidup dalam komuniti usrah....

Tu lebih senang sebab akan ada yang tolong ingatkan kalau kita minta mereka untuk ingatkan....

Wallahualam.....

DR NAZREENNAIN

1 comment:

  1. Salam alaik dik..

    tq follow mama nye blog. Nway, selamat maju jaya utk mencapai cita2 sebagai seorg Doktor..skrg study mana?

    ReplyDelete