Monday 23 January 2012

0 Jom jadi anak Soleh & Solehah....

Bismillah.....

Alhamdulillahirabbila'alamin.... hari ni ana nak share satu video... Sesuailah untuk setiap ibu-ibu & bapa-bapa.. cubalah lapangkan masa sekejap... buka hati & dengar video yang tak sampai pun 10 minit... Mudah-mudahan bermanfaat & membuat kita berfikir.... Soleh atau solehahkah anak kita? 


Hari ni... dunia dah berubah...

Ana, masih ingat waktu ana masih di zaman persekolahan.... Umi seorang yang sangat tegas & mementingkan agama & pelajaran anak-anak....



Satu hari, ana tak siap kerja sekolah... Jadi, cikgu ana cubit ana di perut sampai la berbekas perut ana.. Balik tu, ana jumpa umi.... Ana bagitau tentang cikgu cubit ana dengan harapan umi datang sekolah & marah cikgu tu....

Umi tanya kenapa cikgu cubit ana??

Ana jawab ana tak siap kerja sekolah.... Umi tersenyum & menyeloroh, dia kata pada ana... "padanlah dengan muka.."

Tapi, hari ni ramai orang yang bila anak dia dikenakan tindakan... Mula melenting, membela anak-anak masing, sedang mereka sebenarnya kurang tahu apa yang anak-anak mereka buat sampaikan anak-anak mereka diambil tindakan... Mereka marah para pendidik melulu, tak nak duduk berbincang dulu...

Anak-anak ini kemudiannya, puas merasakan diri mereka terbela & ada sebahagian yang mula hilang hormat pada para pendidik....

Ana tak cakap semua, tapi sebahagian inilah yang sedikit demi sedikit.... mungkin memusnahkan anak-anak mereka sendiri... Bagi mereka anak-anak merekalah yang terbaik.....

Minggu lepas, dalam khutbah jumaat.... Dibincangkan tentang peranan para ibu & bapa bekerjasama dengan para pendidik di sekolah untuk memastikan kejayaan bukan sahaja akademik bahkan sahsiah setiap anak-anak.... Bukan hanya meletakkan tanggungjawab itu pada para pendidik...

Berapa ramai yang tahu, solatkah anak-anak kesayangan mereka??? dengan siapa mereka berkawan??? cukup atau tidak perhatian & kasih sayang yang diberikan..?? macam mana prestasi akademik anak-anak??
akhlak anak-anak..???

Macam mana kita nak tahu kalau kita tak bertanya kan.....

Bagi ana sebagai seorang anak... tak salah untuk umi ana masuk campur dalam setiap urusan ana... Sebab, ana gembira dia seorang pendengar.... tapi dia tak beri solusi..dia tak cuba selesaikan melainkan ana mintak tolong dengan dia....dia yakin dengan apa yang ana nak adalah yang terbaik buat ana... Dia paling tidak ingatkan ana tentang apa yang boleh merosakkan ana... dia matangkan setiap keputusan yang bakal ana buat.....

Jadi...berapa ramai yang menjadi pendengar anak-anak mereka hari ini atau menjadi tempat luahan perasaan anak-anak mereka...??

Tak wajib salah, harus betul...... Ini sekadar pendapat & luahan hati ana sebagai seorang anak... bila ana pernah lihat seorang ayah mati-mati membela anaknya yang dikenakan tindakan sebab menjual rokok di sekolah ...

Ingatlah sabda Rasulullah....

"Apabila matinya seorang anak adam itu, maka terputuslah segala amalan melainkan tiga perkara, ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah & doa dari anak-anak yang soleh.."

Wallahualam


DR NAZREENNAIN

No comments:

Post a Comment