Sunday 15 April 2012

0 kerana mangga itu masam....

Bismillahirahmanirrahim.....

Salam ukhwah fillah.... dah lama betul ana tak mengupdate blog ni, bersawang dah gamaknya... Macam ni la, kehidupan penulis blog amatur yang menulis waktu-waktu senang... Waktu otak dah ligat bersarat cerita yang khususnya bukan untuk sesiapa, hanya buat tatapan sendiri... Sekadar luahan isi hati persis manusia berotak pen, yang dakwatnya perlu diguna supaya dakwat tak beku, pen tahan lama...hihi

Alhamdulillah, dapat cuti yang agak panjang... kiranya mengisi masa lapang, boleh juga mengarut-marut dalam blog sendiri... Tahniah pada sahabat-sahabat yang dah mengakhiri zaman bujang, semoga bercinta sampai syurga hendaknya..... ana?? lambat lagi... hihi

Cuti ni, tak la buat apa sangat, ade tengok kitab-kitab sikit... Sempatla juga habis baca kompilasi buku ustaz hasrizal, 3-1... brilliant books for all genre peoples...

Hidup macam ni la, macam makan mangga... ada masamnya, tapi kalau dicicah dengan gula lada kicap sambal belacan... banyakla rencahnya... tak kosong... warna- warni jer... cukup perencahnya...adalah manisnya, pedasnya, masinnya, masamnya dan bau sambal belacannya.. insyaAllah bak kata P.Ramlee " Buang yang keruh, ambil yang jernih.. Baru teguh peribadi..."... Namun, setiap satunya warna-warni dalam kehidupan menuntun kepada usaha manusia.... Jelasnya Allah sebut, bahawasanya sang pencipta tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu berusaha mengubahnya.... 

Cuti ni pun, ada la juga buat trip... cuti-cuti satu malaysia ke sebelah utara... macam merentas benualah kiranya dari sebelah pantai timur ke sebelah utara... Jauh perjalanan, luas pemandangan.... Al-kisah, semangatnya nak berjalan ni... pukul 5 pagi, lepas game arsenal tu.. dah start drive.... 

Tapi itulah, langit tak sentiasa cerah... tup tup... jatuh taik burung yang bergegas nak balik sarang.. ye la kan, ribut... hari mendung nak hujan... 

Tengah berbunga-bunga nak menyampainya ke bandar ipoh, 100 km to go... sewaktu di tanjung malim... kereta buat hal, demam panas.... overheat sebab homeostasis tak balance.... Host kereta pecah.... Jadi, enjin panas... terpaksalah berhenti bawah satu jejantas ni.... 


Menakutkan, bila datang mekanik-mekanik highway mee segera yang berhenti tak ditahan, datang tak diundang... Bukan tak bersyukur, tapi rela lagi peronda plus yang berhenti.... Kita bukan tak bersyukur, tapi kalau dengan berhentinya mereka, kita ditipunya, diperasnya dompet untuk kos membaiki sampai RM2-3 k... tak ramai yang rela, sebab kadang-kadang, untuk mengaut keuntungan mereka sampai sanggup tukarkan barang yang masih boleh diguna pakai..yang tak rosak, dikatakan rosak, janji untung..  itu tak termasuk kos tow truck untuk menunda lagi.... Alamatnya... menangis tak bertisu la jawabnya...Tapi mudah-mudahan tak semua malaysian seperti ini.. manusia kejam, sanggup memeras insan lain yang dalam kesusahan... 

Dalam terpaksa, mintak jugala mereka carikan host baru untuk ditukar ganti, sebab kalau ikut plan nak balut guna tali pinggang jer, tapi pecahnya terlampau besar.... Akhirnya, host water pump dah ditukar baru... kosnya RM50... walhal, di bengkel kosnya tak sampai RM15... Alhamdulillah, dah bukan rezeki, redha jer lah...

Ingatkan, hari nak mula cerah bila host dapat ditukar.. tapi disebabkan temperature naik terlampau tinggi, makanya gasket pecah... head engine bengkok.... Terpaksa juga masuk bengkel, tapi ana dengan kawan-kawan sepakat tak nak masuk bengkel mekanik mee segera... Sebab sebelum tu, sementara menunggu host baru, seorang pemandu lori ada cerita tentang mekanik yang sedang membantu kami... Katanya, dia berhabis hampir ribuan ringgit hanya untuk menukar tayar pecah dengan mekanik yang sama.. Sahih atau tidak?? wallahualam, yang penting kami tak sanggup nak ambil risiko... Jadi, sahabat ana buatla sketsa yang kereta ini kereta sewa, kalau repair pun, kosnya kami yang tanggung itu pun selepas kami tahu salah seorang sahabat kami ada sepupu yang tinggal di Tanjung Malim... Sepupu dia lah yang tolong kami, siap hantar sampai ke ipoh lagi untuk pinjam kereta kawan kepada kawan kami disana..syukur dapat menghela nafas lega.. Demikianlah kisah detik-detik cemas yang tak la mencemaskan sangat.... Dapat juga akhirnya, sampai ke padang besar semata-mata nak beli kasut futsal murah dan jersi German sempena euro yang lagi 53 hari ni...jersi Arsenal jer tak ada... dah habis....hihi

Khulasahnya, asal nama manusia maka banyakla ragamnya... namun, kita berhak memilih untuk jadi insan prihatin, yang rela membantu orang lain dalam kesusahan atau sebaliknya... dengan mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.... Alangkah baiknya, kita membantu seikhlas hati... Habuannya, biarla Allah yang membalasnya... kalau yang ditolong tetap ingin membalas jasa si penolong... cukupla dengan meminta didoakan kesejahteraan dalam kehidupan dari yang ditolong... kan indah... cantik... molek..doa orang yang bermusafir, di timpa musibah pula tu kan afdhal....Manela tau, kot-kot la... yang ditolong tu orang kaya, ade waris muslimat yang cantik, anggun dan solehah.... namanya jodoh datangnya dari Rabb... free-free jumpa jodoh... tak payah susah-susah dah nak cari... hihi... Ayat last ni sekadar gurauan jer, janganla ambil hati.... 

Oleh itu, marilah kita sama-sama jadi manusia yang celik akal, baik akhlak dan sejati peribadi... Mudah-mudahan Allah membalas dengan keredhaannya yang tak ternilai harganya...

"Jiwa muslim sejati itu sentiasa membalas keburukan yang diterima olehnya dengan kebaikan berlipat ganda"

Wallahualam...


No comments:

Post a Comment