Friday 20 April 2012

0 CheF is Tukang Masak...


Bismillahirrahmanirrahim...

Pagi nie.... ana baru lepas menggoreng keropok lekor yang tersangatla sedapnya..tiba-tiba je sedap... Alhamdulillah.. Syukur dengan setiap rezeki yang Allah limpahkan... Title chef untuk tajuk post ni klise la sangat kan, tak apa ler perasan chef sekali-sekala.....hihi

So... ana nak share macam mana nak goreng keropok the way CheF Nazreen yang bujang ni buat.. Simple dan senang.... Cepat dan segera... Lagi cepat dari masak mee segera atau bahasa praktikalnya meggi..

Step 1 : Kenalah menghiris keropok yang lebih kurang macam kat atas tu kecik-kecik... Tak boleh nak goreng besar-besar terus, tak muat... Orang biasa guna pisau... Tapi tips yang pertama ni, nak cepat.... cari gunting kat mana-mana ataupun gunting dapur ke... Gunting jer keropok lekor ni kecik-kecik.... Lagi cepat dan senang kira...  Boleh buat macam-macam bentuk lagi... macam origami



Step 2 : Dah settle kan dengan keropok tu kan... Sekarang kena la prepare dapurnya.....

Kenalah ada kelengkapan asas menggoreng... Sudipnya, penapis minyaknya dan kualinya.....

Periuk dengan cerek air tu sekadar gambar hiasan, sebab ana malas nak alih...tak tahu nak letak kat mana... hihi

Kenalah juga, buka benda alah ni.... Ana pun tak tahu fungsinya apa... Yang pasti, ada lampu nak suluh ke arah masakan keropok terhebat kita kan....

Lagipun banyak sangat suis-suis benda alah ni, bila tekan.... bunyi dia kuat macam vacuum habuk tu....
So, sebelum apa-apa yang tak best berlaku, ana switch off functions lain, bukak lampu jek.....




Lagi satu kipas angin ni, kena pasang... Sedut asap-asap jerebu hasil masakan kita yang bujang-bujang ni.....





Step 3 : Sekarang ni dah boleh mula menggoreng ni... Tapi sebelum tu, etika pemakaian tersangatla penting... Pakai apron.... Ana lebih suka pakai baju sejuk yang lengan panjang atau jaket-jaket lengan panjang yang ada... Selain itu, ana nak share lagi satu fungsi penapis minyak ni.....


Lepas kita panaskan minyak dalam kuali.... Apa tanda-tanda minyak dah panas? yang tu ana tak tahu sangat..hihi. Orang cakap bila gelembung- gelembung minyak tu dah hilang, minyak dah tenang, maka sahla minyak dah panas... Letakla, bahan yang nak digoreng..Tapi praktikalnya, minyak yang tenang jangan disangka tak ada tempias...hihi

Sebelum ni, ana agak-agak dah panas.... Terus jer letak bahan yang nak digoreng... Rupe-rupenya tak panas lagi..hihi... Tapi tak apa, nanti minyak tu panas jugak... at least yang first tu untuk pastikan minyak dah panas ke belum....hihi.. pandai kan....

Sebelum tu, berbalik kepada penapis minyak ni, ia boleh digunakan sebagai "shield"... Penutup muka dari larva-larva percikan minyak-minyak panas.... dan disebabkan itu jugala ana pakai baju sejuk lengan panjang... hihi..Percikan tempias meletup-letup minyak panas ni la yang selalu membantutkan niat ana nak belajar memasak..huhu..sakit ooo.... Oleh sebab itu, etika pemakaian memang tersangat-sangatla penting...

Step 4 : Goreng jer la sesuka hati, yang penting naluri hati kata dah siap dimasak... boleh dimakan... InsyaAllah boleh.... Dalam bab ni, ikutla fatwa hati.... hati kan tenang pada perkara yang benar...hihi.. lain-lain tu tengokla rupa masakan kita... Kalau dah masak, warna dia mesti lain dari warna asal... yang ni ana confirm.... hihi.. hentam jer macam mana pun... nak makan sendiri kan....

Tips lainnya, kuatkan api sekuat-kuatnya.. Barula cepat masak... tapi hati-hati nanti mendapat nasib yang sama macam ana... keropok ana hangus...huhu

Tapi tak apa la... yang penting mencuba... percubaan pertama tak semestinya memberikan hasil yang terbaik.... namun, ia memberi titik permulaan yang hebat......

Keropok ana? ana tak dapat la nak tunjuk... hihi malu.... terpaksa mengikis kerak-kerak hitam... baru boleh makan.... Tapi tak apa... ade Nurul Latifah aka Lat (Kucing ana yang akan sentiasa datang membawa muka kasihan minta simpati.... die pun boleh tolong habiskan..hihi)...

Walau apapun .. Nak makan keropok lekor sedap senang jer... Pakai cantik-cantik, bawa motor.. pergi warung... Order la seringgit dua keropok... nak sedap lagi best order cendol kacang.... tapi dia tak akan sama dengan masak sendiri....hihi

Moralnya, Allah sentiasa memberi pilihan untuk kita memilih jalan untuk dipilih... Kaedahnya?... Wasilahnya?... Kita yang membuat pilihan itu.... Namun, teorinya mudah.... andai jalan yang dipilih itu... jalan yang membawa kita kepada redha Allah dan cinta rasul.... Sesungguhnya Allah sebut ... "Qad faza fauzan a'zima".... kemenangan yang besar itu insyaAllah milik kita.... Apa yang paling penting, jangan takut untuk bermula.... Kuatkan azam dan tekad....

 Eleh, setakat minyak panas... apala sangat kan....kan... hihi

Wallahualam..

"Husnul Khatimah yang di kejari, Su'ul Khatimah yang di hindari"

No comments:

Post a Comment