Saturday 28 April 2012

1 Kiamat Sudah Dekat...


Bismillahirahmanirrahim....

Kerja gila!! hihi
Kalau dah berkawan, inilah ragamnya.... Malam tadi ana terperah keringat, bermain futsal selama tiga jam berterusan bersama kawan-kawan sekampung... Sudah la tak ada simpanan.... memang cukup letih dan memang kerja gila... hihi

Tapi sesekali, cuma sedikit kecewa.. Sebab bila dah sampai rumah pukul 3 lebih, dah tak boleh tahajud... Sebabnya, ana takut terlelap... kalau dah terlelap, solat subuh berjemaah entah ke mana... Masjid pun entahla ke mana.... Jadi kesimpulannya solat sunnat lain jer la malam ni... hurm..Sangat mengecewakan....

Sedang menunggu masuk pulak waktu subuh.... ana terbukak siaran Pelangi di astro... Ada satu drama, yang bertajuk "Kiamat Sudah Dekat"..Tajuk post ni pun kliselah sangat... Ye la, jangan risau ana tak percaya ramalan hari kiamat besar ini tahun 2012.. Rahsia itu hanya milik Allah. kalau petanda-petanda kiamat tu... carila yek sendiri..wallhualam..

Malangnya, tak dapat la habis tengok sebab cerita mula pukul 4.30 am sampai pukul 6.00am... So, ana stop la penonontonan pukul 5.am lebih-lebih sikit sebab nak kena mandi untuk ke masjid.... huhu.. Teori kehidupan ni simple je, yakni utamakan apa yang utama.... Movie ni, tengahari karang boleh download kan....



So, dari setengah jam menonton filem yang agak kelakar tapi berpengajaran buat sesiapa yang berfikir sambil diteman  dengan makhluk berbulu yang kadang-kadang terkejut dengan ana yang tiba-tiba ketawa ini.... Meh, kita simpulkan....

Pengajarannya, tak salah nak bertatih-tatih dalam agama... asalkan istiqamah.....

Selain dari tu, ana tertarik dengan kuasa pengaruh fandy kepada ahli keluarganya dan rakan-rakannya yang akhirnya dalam sedar tak sedar.... Membawa mereka ke arah yang lebih baik... Dakwah pun begitu, perlunya kuasa pengaruh....

Lagi, hidayah itu milik Allah... Jangan mudah kita berprasangka... Mudah menghukum.. mengherdik.... manusia-manusia yang mungkin tidak pandai lagi dalam memahami dan menghayati Islam..... Sebaliknya, dekati mereka dengan bijak.... Kenalkan mereka dengan hikmah.....

Apa-apapun semalam terkesan jiwa ini bila ana membaca ayat Allah..... dalam surah Al-Maidah

"Wahai orang-orang yang beriman! Barang siapa di antara kamu yang murtad (keluar) dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan satu kaum, dia mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, dan bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang bejihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada siapa yang dia kehendaki dan Allah mahaluas (pemberiannya), maha mengetahui..." (5:54)

Wallahualam...

(P/S : Bukan nak buat preview movie... cuma nak tulis blog ni sebelum tidor... So, tak adalah namanya tidur selepas subuh... jadilah namanya tidur selapas tulis blog... hihi.. Untung juga tak ada kuliah tafsir lepas subuh tadi...tak adalah terlepas ilmu sebab ngantuk dan tak fokus.. lagipun macam mana lah rupa ana yang bakal asyik mengspringkan kepala mengiyakan apa yang Ustaz huraikan..hihi)

1 comment: