Friday 20 February 2015

0 Uri Terpisah/Abruptio Placenta

Uri terpisah adalah salah satu kes kecemasan yang berlaku 1 dalam 100 wanita yang mengandung.
Kebiasaanya, uri hanya terpisah dalam masa lebih kurang 30 minit selepas bayi dilahirkan.


Apa yang dimaksudkan oleh uri terpisah/placenta abruptio ini adalah pemisahan uri pra-matang dari dinding rahim, dan dalam bahasa yang mudah difahami, pemisahan uri berlaku sebelum bayi dilahirkan/ semasa masih dalam kandungan.

Apa punca ianya boleh berlaku? I bahagikan dalam dua faktor utama


Faktor Ibu:
1/ Darah tinggi semasa mengandung/sawan
2/ Trauma atau kecederaan fizikal di bahagian perut
3/ Tumpah air (PPROM/PROM)
4/ Ketuban air berlebihan (Polyhdramnios)
5/ Jangkitan kuman
6/ Ketumbahan di bahagian rangka pinggul/dalam rahim seperti fibroid dan lain-lain
7/ Penyakit autoimmune seperti SLE
8/ Sejarah uri terpisah sebelum ini
9/ Faktor sosial : merokok, kurang zat besi, penyalahgunaan dadah

Faktor bayi/uri
1/ Kandungan kembar
2/ Uri yang tidak sihat

Antara gejala-gejala penyakit ini adalah :
1/ Tumpah darah yang menyakitkan (painfull pervaginal bleeding)
2/ Bahagian perut sakit apabila di tekan (tender abdoman)
3/ Bahagian perut berasa tegang (woody hard)
4/ Bahagian badan bayi dalam kandungan susah untuk dirasai
5/ Degupan jantung bayi susah untuk didengari

** Info yang paling penting, kadang-kadang tumpah darah yang keluar dari pangkal rahim nampak kurang tetapi bahagian perut terasa amat sakit adalah berkemungkinan darah berkumpul di dalam bahagian dalam perut dan tersimpan di mana-mana bahagian dalam anggota-anggota perut dan uri (concealed bleeding)

Selalunya ujian makmal yang akan dibuat hanyalah ujian darah untuk melihat kandungan darah hemoglobin, darah putih dan platelet

Kerana kebiasaannya,penyakit ini dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan klinikal menggunakan mesin imbasan ultrasound. Melalui ultrasound, sekiranya terdapat darah beku diantara uri dan dinding rahim (retroplacental clot), berkemungkinan besar anda mempunyai masalah uri terpisah.

Komplikasi penyakit ini :

Kepada ibu
1/ Hypovolemik Shock,  terma saintifik dalam perubatan yang bermaksud kehilangan darah dan cairan dalam badan yang banyak dan menyebabkan jantung tidak dapat mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan.
2/ Kegagalan fungsi buah pinggang
3/ Tumpah darah (Post-partum hemorrhage)
4/ Bahagian salur darah boleh tersumbat dengan air ketuban yang masuk dalam salur darah (amniotic
    fluid embolism)

Kepada bayi dalam kandungan :
1/ Bayi lemas
2/ Tumbesaran bayi terencat
3/ Bayi meninggal dalam kandungan
4/ Rhesus issoimunization (jenis darah resus yang tidak sama antara ibu dan bayi, bercampur dan
    menyebabkan pengumpalan darah yang teruk)

Antara rawatan yang akan diberikan bergantung kepada ibu dan bayi. Sekiranya, bahagian yang terpisah hanya sedikit, keadaan ibu dan bayi stabil, nasihat akan diberikan supaya tidak melakukan kerja-kerja berat, banyakkan berehat dan elakkan kecederaan dibahagian perut termasuklah semasa memandu, kurangkan hentakan bila melanggar lubang atau bonggol.

Tapi, selalunya ibu yang mengalami masalah ini datang ke unit kecemasan dengan keadaan yang parah, antara rawatannya :

1/ Masuk air/transfusi darah
2/ Ubat tahan sakit secukup rasa
3/ CTG untuk melihat keadaan bayi dalam kandungan
4/ Bersalin awal
- Sekiranya, bayi pratamatang, ubat matang paru-paru akan diberikan
- Cara bersalin bergantung kepada keadaan ibu dan bayi

Sekian,
Dr Nazreen



No comments:

Post a Comment