Sunday 22 February 2015

0 Tumpah Darah Sebelum Bersalin

Tumpah darah sebelum bersalin/antepartum hemorrhage bermaksud pendarahan daripada bahagian kemaluan wanita selepas 24 minggu usia kandungan (7 bulan) tetapi sebelum bermulanya tanda bersalin (onset of labour)


Kenapa selepas usia kandungan 24 minggu?

Sebab kebiasaanya janin berpotensi untuk hidup sekiranya lahir pramatang (viable)

Dan sebelum 24 minggu, jika janin dilahirkan, anda mungkin mengalami keguguran dan janin agak mustahil untuk hidup.

Apakah punca tumpah darah sebelum bersalin?

1/ Uri di bawah/Placenta Praevia
Topik ni I dah huraikan sebelum ni, just klik topik ni. I dah link kan ke post sebelum ni.

2/ Uri terpisah/Abruptio Placenta
Klik topik untuk terus membaca topik ini

3/ Punca pendarahan tidak dapat dikenal pasti/ indeterminate antepartum hemorrhage
Ini merupakan punca yang juga selalunya berlaku di mana para doktor tidak dapat mengenalpasti di manakah punca pendarahan itu berlaku selepas pemeriksaan dan ujian yang di lakukan.

Dalam beberapa kes yang I penah encounter, selalunya pendarah akan terhenti sendiri selepas beberapa hari.

Tapi ianya sangat bahaya dan berisiko kerana tidak ada rawatan spesifik boleh diberikan dan dikhuatiri ianya berpunca dari uri terpisah

4/ Tali pusat berada di bukaan pangkal rahim /vasa praevia

5/ Trauma/ Kecederaan

6/ Kanser/ malignancy

7/ Ketumbuhan polyp

8/ Masalah cair darah

So, nasihat I untuk semua para ibu atau bakal ibu.

Cepat-cepat datang ke hospital sekiranya anda ada masalah tumpah darah semasa mengandung kerana setiap punca tumpah darah mempunyai rawatan yang spesifik.

With Concern,
Dr Nazreen



No comments:

Post a Comment