Tuesday 8 November 2011

2 Sekolah Berhantu..??!!


Bismillah....
Pagi nie ana dapat tengok dua situasi yang nyata berbeza... Sebelum pergi hospital, ada seorang budak, nangis memang sekuat hati tak nak pergi sekolah, sampai mak dia terpaksa heret bawak masuk dalam kereta...

Bila kat hospital, ada budak menangis-nangis nak pergi sekolah, tak nak duduk dekat wad peads (kanak-kanak)...Tapi, tak tau la ikhlas ke tak budak nie, betul-betul ke nak pergi sekolah, maybe takut kene set branula jek kot...

Tapi hakikatnya, ni dua situasi yang memang nyatalah opposite to each other kan....

Sunday 6 November 2011

0 Ibarat Gula naik Harga....


Bismillah....
Meriah betul hari nie... Tak sangka dapat juga ber-"open" house walaupun kat tempat orang... Walaupun tahun nie dah tak boleh nak melapah daging lembu macam dulu-dulu... Roh Aidiladha tu insyaAllah sampai...

Plannya, setiap rumah-rumah flat kenalan kat Sandakan ni memasak satu hidangan setiap rumah... Pastu kumpul di rumah ana untuk makan sama-sama... Tapi, entah tak tahu mana silapnya, pukul 2 lebih, petang waktu tempatan barula semua siap.... memang dah tahap hyperlapar.. Tapi terfikir pulak, kalau ana yang baru setengah hari tak makan laparnya dah tahap hyperlapar, bayangkan ummat-ummat kat Palestin sana.. di Somalia... Uganda.... Mesti tahap "mega"lapar diorang.....

Friday 4 November 2011

0 Jom Puasa Sunnat 'Arafah...


Diantara puasa sunnah yang dianjurkan bagi muslim yang tidak menunaikan haji adalah puasa 'Arafah yang jatuh pada 9 Dzulhijjah yakni pada hari manusia berwuquf di 'Arafah....

Hadis Nabi...
"Puasa pada hari 'Arafah, aku berharap kepada Allah agar menghapuskan (dengannya) dosa-dosa pada tahun lalu dan yang akan datang" (HR Muslim)

DR NAZREENNAIN

Wednesday 2 November 2011

2 Hudud Menakutkan...!!!??


Bismillah....
Lama pula rasanya tak meng"update" blog nie... baru-baru nie ujian demi ujian yang Allah bagi.... Alhamdulillah... walaupun payah.. tak semudah yang disangka, inilah hakikat kehidupan... ujian itu pasti...!!

Orang-orang yang beriman atau ingin ada iman...pasti bakal diuji oleh Allah...

Dalam daurah baru-baru nie, sempat juga menyentuh bab-bab akhlak... muhasafat yang patut ada pada setiap da'ie... Antaranya adalah sentiasa memastikan jasmani tubuh badan yang kuat... Mana nak dapat..?? pandai-pandaila usahakan...

Thursday 20 October 2011

1 Blog Attack...!!?


Bismillah....
Buat yang membaca... jangan ler risau, ana memang tak dilahirkan genius bab-bab hacking-hacking nie... So... post nie bukan nak menceritakan kedasyatan ana menge"hack" blogger lain ataupun sebaliknya, bahkan ianya tak ada kena mengena pun dengan yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia...


Tuesday 18 October 2011

0 Sakit hati...!!?


Seorang kawan ana pernah berkata.....
"Bila seseorang bercakap tentang perkara yang kamu tak suka, just be grateful.... bersyukur kerana Allah masih memberi kamu pendengaran untuk mendengar..."

DR NAZREENNAIN

Saturday 15 October 2011

5 Nak Merokok....


Nazreen Nain menyebutkan.....
"Jarang ada sang perokok membaca bismillah sebelum merokok"
Khulasahnya, sang perokok sedang membunuh tiga nyawa, nyawa mereka.. Nyawa manusia sekeliling mereka & nyawa nyamuk-nyamuk yang tak berdosa.... Silakan...teruskan membunuh....

DR NAZREENNAIN

Wednesday 12 October 2011

0 Kaedah bersuci & Solat untuk pesakit...??


Kaedah yang dipakai di dalam isu ni ialah tak ada kewajipan di saat tak mampu & tak ada perkara haram di saat darurat, kaedah ni diambil daripada konsep Raf'u al-Haraj (menghapuskan kesukaran).....

Dalil-dalilnya dapat dilihat dalam firman Allah.....

1. "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya....." (Al-Baqarah:286)
2. "...Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan oleh Allah kepadanya..." (At-Talaq:7)
3. "(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran..." (Al-Baqarah:185)
4."...Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan & susah payah dalam perkara agama..." (Al-Haj:78)
5."Ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban & belenggu-belenggu yang ada pada mereka" (Al-A'raf:157)
6."Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeaadan lemah" (An-Nisa':28)


Sunday 9 October 2011

0 Erti Silaturahhim...



Daripada Abu Hamzah Anas Bin Malikr.anhu'..Khadam Rasulullah s.a.w, baginda bersabda... : Tidak beriman salah seorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.. (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

DR NAZREENNAIN

0 Betul ker Tuhan itu Ada..??


Ana pernah terbaca artikel ini sebelum ni... memang menarik perdebatan seorang pelajar dengan profesor di sebuah universiti di india....

Ya Allah... semoga engkau fasihkan lidahku dalam menegakkan agamamu...

Have Faith.....

An atheist professor of philosophy speaks to his class on the problem science has with God, The Almighty.
He asks one of his new students to stand and…..

Prof: So you believe in God?

Student: Absolutely, sir.



Saturday 8 October 2011

0 Yang Kurik Itu Kundi


Alhamdulillah... baru-baru ni ana masih lagi sibuk menyesuaikan diri dalam karenah dunia wad sakit puan... satu prinsip ilmu yang mencabar kaum adam.... sesekali ana sempat juga telefon mak ana, cerita tentang cinta... cinta akan ilmu Sang Pencipta yang dikirimkan buat ana....

Disini, ana belajar akan jerih, payahnya seorang ibu untuk melahirkan seorang anak.... tapi air muka lemah yang disulami dengan penuh kegembiraan mengajar ana erti pengorbanan seorang ibu yang sebenar.... waima, hari ini bukan main senang seorang anak untuk durhaka kepada ibunya.... walaupun Allah kata jangan la kita nie semua bercakap "ahh" dengan ibu, dengan seorang serikandi yang sekali pernah hampir mati hanya untuk melahirkan nyawa baru di bumi Allah ini....

Topik dialih...

Sunday 21 August 2011

0 Harapan Ramadhan..

Ade sebuah kisah yang I would like to deliver to you all...

Dalam hidup nie.. apa yang kita nak, bukan semuanya kita bakal dapat... kerana, Allah tidak memberi apa yang kita nak.. tapi Allah memberi apa yang kita perlu...