Sunday 22 February 2015

0 Darah Tinggi Semasa Mengandung/ Hypertensive Disease In Pregnancy


Darah tinggi adalah antara masalah yang selalu di alami oleh wanita mengandung.

Darah tinggi sewaktu mengandung?

Kriterianya ialah??

1/ Tekanan darah
Bacaan sistolik tekanan darah sama atau melebihi 140mmHg (Bacaan atas)

Bacaan diastolik tekanan darah sama atau melebihi 90mmHg (Bacaan bahagian bawah tekanan darah)

Bacaan tekanan darah diatas mesti diambil sebanyak 2kali, tetapi harus diambil tenanan darah dalam jarak 4-6 jam (measured on 2 separate occasion at least 4-6 hours apart)

2/ Kencing kotor (proteinuria)
- Melebihi 300mg dalam 24jam pengambilan air kencing
- 2kali dipstik air kencing, protein 2+, atau
- 1kali dipstik air kencing, protein 4+

3/ Selepas 20minggu usia kandungan sehingga 6minggu selepas bersalin

4/ Mempunyai tekanan darah yang normal sebelum 20minggu usia kandungan, tidak ada penyakit darah tinggi sebelum ini.

Sekiranya anda memenuhi kriteria-kriteria di atas. Berkemungkinan anda mempunyai penyakit darah tinggi semasa mengandung.

Risiko untuk mendapat penyakit ini adalah :
1/ Kandungan pertama
2/ Sejarah penyakit darah tinggi darah dalam kandungan sebelum ini
3/ Usia ibu melebihi >40 tahun dan lebih
4/ Sejarah keluarga mempunyai darah tinggi/ sawan beranak (eklampsia)
5/ Kandungan kembar
6/ Obesiti/ Kencing manis
7/ Masalah-masalah perubatan (buah pinggang/penyakit SLE dan lain-lain)
8/ Faktor sosial ( merokok/ pengambilan alkohol)

Klasifikasi :
1/ Darah tinggi sederhana (Mild Hypertension)
- Tekanan darah  melebihi >140/90 tetapi kurang dari <160/100 mmHg
- Tiada tanda-tanda sawan beranak
- Tiada tanda-tanda janin tidak dapat membesar

2/ Darah tinggi teruk (severe Hypertension)
- Tekanan darah melebihi >160/100 (hypertensive crisis)
- Tanda-tanda sawan beranak :
  1. Pening kepala teruk di bahagian dahi/belakang tengkuk
  2. Mata kabur
  3. Muka/kaki bengkak (Oedema)
  4. Loya-loya dan muntah
  5. Pedih ulu hati

Antara ujian makmal yang akan dibuat :
1/ Ujian darah : Hb/platlet rendah
2/ Ujian darah untuk buah pinggang (BUSE+ Creatinine) : Risiko tinggi mengalami kegagalan buah pinggang dalam penyakit darah tinggi yang teruk
3/ Serum Asid Urik
4/ Ujian darah untuk fungsi hati
5/ Ujian pembekuan darah (coagulation profile)
6/ Ujian 24jam pengumpulan air kencing untuk melihat kandungan protein

Rawatan :
Tidak semua penyakit tinggi darah memerlukan ubat darah tinggi. Namun, sekiranya bacaan tekanan darah diastolik berterusan melebihi >100mmhg atau anda mempunyai tanda-tanda komplikasi darah tinggi, ubat darah tinggi akan diberikan.

Bila masa untuk melahirkan anak?
1/ Sekiranya pesakit tidak memerlukan ubat darah tinggi, tiada komplikasi dan janin membesar dengan sihat, pesakit dibenarkan mengandung selama 40 minggu tetapi tidak boleh melebihi tarikh jangka bersalin (Not allow postdate)

2/ Sekiranya pesakit memerlukan ubat darah tinggi, tetapi tiada komplikasi dan janin membesar dengan sihat, pesakit akan dipaksa bersalin pada usia kandungan 38 minggu

3/ Sekiranya pesakit ada sawan beranak dan tekanan darah tidak terkawal, pesakit akan dipaksa bersalin atau bersalin secara pembedahan (Cesearean Section) secepat mungkin, tidak mengira usia semasa kandungan. 


Sekian,
Dr Nazreen




No comments:

Post a Comment