Monday 23 February 2015

0 Kencing Manis Semasa Mengandung



Hari ini topik kita berkaitan kencing manis semasa mengandung. Ianya antara penyakit yang agak kerap berlaku dalam wanita mengandung.

Apakah risiko untuk mendapat kencing manis semasa mengandung?
1/ Usia ibu meninglat >35 tahun
2/ Obesiti >80kg semasa buka buku pink
3/ Janin besar dalam imbasan ultrasound (macrosomic baby)
4/ Air ketuban banyak
5/ Sejarah ibu/bapa/adik beradik mempunyai kencing manis
6/ Sejarah kencing manis dalam kandungan sebelum 
7/ Sejarah anak meninggal dalam kandungan
8/ Sejarah anak besar dalam kandungan sebelum >4.0kg
9/ Sejarah anak cacat fizikal dalam kandungan sebelum

Bagaimana kencing manis boleh berlaku semasa mengandung?

Semasa mengandung, uri akan menghasilkan hormon lactogen, estrogen dan kortisol yang menyebabkan tindak balas hormon insulin terjejas. Apabila hormon insulin tidak bekerja dengan baik, maka gula dalam darah meningkat dan tidak boleh menukar gula menjadi tenaga. Gula pula akan dibuang melalui air kencing.


Ujian saringan kencing manis semasa mengandung adalah MOGTT atau lebih di kenali sebagai "minum air gula"

Apabila pesakit mempunyai risiko kencing manis seperti yang di atas, maka ujian saringan MOGTT akan dibuat, selalunya dalam usia kandungan 10 minggu dan ke atas.

Sekiranya normal, ia akan di ulang pada 28 minggu usia kandungan dan sekiranya masih normal, ia akan diulang pada 32 minggu. Hal ini kerana pada 28 dan 32 minggu, hormon laktogen tinggi dalam badan ibu mengandung.

Bagaimana cara MOGTT ini dibuat?
Dua bacaan darah akan diambil untuk melihat kandungan gula dalam darah.

Sehari sebelum ujian ini dibuat, pesakit dikehendaki makan normal diet seperti biasa. Kemudian berpuasa pada jam 12 malam, sekurang-kurangnya 6 jam berpuasa. Tidak boleh minum makan dan minum air.

Pada keesokan hari, pada jam 8 pagi atau lebih awal, Darah pertama akan diambil untuk melihat kandungan gula semasa pesakit berpuasa. Bacaan normal adalah kurang <5.6mmol

Pesakit akan minum air gula sebanyak 75g selepas itu.
Kemudian darah akan diambil untuk kali kedua selepas 2jam. Bacaan normal untuk gula selepas minum air gula adalah kurang <7.8mmol

Sekiranya pesakit mempunyai paras gula dalam darah melebihi dari salah satu bacaan normal, anda mempunyai kencing manis semasa mengandung.

Komplikasi kencing manis semasa mengandung adalah :
Untuk ibu
1/ Kerap mengalami jangkitan kuman
2/ Risiko keguguran
3/ Risiko darah tinggi/sawan beranak tinggi
4/ Air ketuban banyak : kepala tidak ke bawah semasa hendak bersalin
5/ Tumpah air
6/ Masalah mata, buah pinggang dan saraf

Untuk Janin
1/ Masalah kecacatan dalam kandungan (congenital anomaly)
2/ Janin besar (macrosomia)
3/ Meninggal dalam kandungan
4/ Lahir tidak cukup bulan
5/ Bahu tersangkut semasa bersalin
6/ Bayi lemas semasa bersalin
7/ Kurang gula selepas bersalin (hypoglycemia)
8/ Kuning/Jaundice



Rawatan:
1/ BSP setiap 2 minggu sekali
Sekiranya terkawal melalui kawalan diet, maka pesakit tidak memerlukan rawatan insulin
Normal BSP adalah : 5/6/6/7 atau diantara 4-6mmol

2/ HbA1c adalah ujian darah yang akan dibuat untuk melihat kadar kawalan kencing manis pesakit
Normal kurang dari <6%

3/ Sekiranya BSP tidak terkawal, rawatan insulin akan diberikan

4/ Rujukan kepada pakar pemakanan dan pakar mata

5/ Imbasan ultrasound  terperinci/ Detailed scan akan dilakukan pada 20-22 minggu untuk mengenalpasti sekiranya terdapat kecacatan kepada bayi

6/ Bila untuk melahirkan anak?
Sekiranya pesakit hanya kencing manis, stabil dengan kawalan diet serta bayi sihat, pesakit     dibenarkan bersalin dalam masa 40minggu usia kandungan tetapi tidak boleh lebih tarikh jangka bersalin (do not allow postdate)

Sekiranya pesakit mempunyai kencing manis dan menggunakan rawatan insulin, Pesakit akan dipaksa bersalin pada 38minggu usia kandungan

Dan jika kencing manis tidak terkawal, pesakit mungkin akan dipaksa bersalin lebih awal



Sekian,
Dr Nazreen

No comments:

Post a Comment