Tuesday, 24 February 2015

0 Loya dan Muntah Berterusan Semasa Mengandung/Hyperemesis Gravidarum


Loya dan muntah berterusan semasa mengandung lebih dikenali sebagai hyperemesis gravidarum dalam dunia perubatan.

Loya dan muntah adalah perkara yang biasa dialami oleh wanita mengandung.

Bilakah loya dan muntah ini digelar hyperemesis gravidarum dan memerlukan rawatan?

Ianya adalah muntah berterusan dan menyebabkan
1/ Hilang berat badan
2/ Hilang selera makan, muntah teruk apabila minum air atau makan
3/ Dehidrasi
4/ Ketidakseimbangan elektrolit/ zat-zat dalam badan
5/ Letih, lesu dan tidak bermaya

Kenapa ianya bahaya adalah kerana ia boleh menyebabkan :
1/ Kegagalan fungsi hati dan buah pinggang kerana kehilangan banyak air dalam badan dan ketidakseibangan elektrolit
2/ Muntah darah kerana luka dalam perut
3/ Kehilangan zat potasium dalam badan

Ujian yang akan dilakukan
1/ Ujian air kencing
- ketone tinggi menandakan pesakit mengalami dehidrasi atau ketoacidosis dalam kes-kes kencing manis
- kencing kotor

2/ DXT
- melihat gula dalam darah

3/ Ujian darah

4/ Ujian fungsi hati dan buah punggang

5/ ABG jika perlu

Rawatan
1/ Masuk air melalui salur darah, 6pints
2/ Ubat tahan muntah iv maxolon 10mg stat dan tds
3/ Digalakkan makan sedikit tetapi kerap
4/ Ketone dalam air kencing akan diperiksa setiap hari
5/ Ubat gastrik jika perlu

Take home mesej, sekiranya anda tidak boleh langsung makan, dan muntah berterusan sepanjang masa. Pening dan pitam, pastikan anda mendapatkan nasihat dan rawatan doktor berhampiran

With concern,
Dr Nazreen

No comments:

Post a Comment